"study smart for your final examination. good luck......"
- mata aku menuruti langkah miss J. slow-slow dia menyusun langkah, mungkin sebab kebaya yang dipakainya mengehadkan kelajuan langkah beliau. buntot yang tadi terletak rapi, kini tak lagi melekat di kerusi. hati aku girang gembira hari ini. lepas ni memang tak de kelas lagi. study week, memang masa yang aku dok nanti. tak perlu ke kelas setiap hari, tak perlu mandi pagi-pagi hari.
-tanpa arahan sesiapa, aku bangun lalu mencapai beg lusuh di atas meja. berjalan pulang ke asrama.
hati mula menghitung hari. sambil melangkah, sambil mencari. mana kelibat member-member aku tadi. aku berjalan, selari dengan bayang sendiri. balik bilik nanti, terus kemas almari. tak lupa juga, meja tempat aku study. moga-moga aku aman bila study. kalau tak, lingkup lah aku dalam dunia perakaunan ini.
sampai kat bilik, aku mula sedar, begini ke keadaan selama ini? katil bersepah, meja study pon bersepah, almari pon bersepah. mengenang nasib sendiri, memang patut diri ini tidak berpunya lagi. dasar pemalas.
-rilek la, ini la sikap pompuan zaman kini. memang patot la mak aku membebel saban hari. aku kata mak aku tak sporting, padahal diri sendiri yang mahu dileteri.
aku duduk di hujung katil, memandang segenap ruang bilik. alangkah bagus kalau aku ada kuasa magik. boleh aku ubah semua penjuru bilik. terutama tempat aku study dan tempat aku pejam celik.
aku memandang ke arah yang satu, tak lain tak bukan, meja study aku. tanpa berkedip. mengharap ada kuasa mistik, yang menukar segalanya.
-aku berdiri. "hasta pronto deprotivo, la caruna kultus koloto, memerang de papayo...jebauk kultur kukkus pipppittt...!! cikapot a go go...!!! wawawie...!!!". macam ahli sihir je lagak aku.
*********jampi punya jampi punya jampi**********
ohmaigod.....!!! tetiba tertukar pulak....~
wah..!! cantik kot bilik cam ni. tapi, purple....aku tak suka....
tukar-tukar.....next!!
cantik...!!! tapi macam budak-budak punya bilik. tak nak la.
tukar-tukar...
yang ni kemas...!! aku suka,....
hehe
yang ni aku tolak awal-awal. meja kecik sangat.
mana selesa aku nak letak laptop aku. hehe
tukar-tukar...next!!
yang ni unik la pulak. yang tak leh blah, kerusi tu...
sebelah buntot aku je muat.
next...
yang ni paling menawan..!!
selasa..simple... haha
ah..!! macam klasik sangat....
tak nak ah aku cam ni....time aku tua-tua nanti ok la kot
tak best...!! meja kecik sangat...
yang lain la....
***********************************************
bedetom..!!!
pintu bilik terhempas kasar, dan aku mula tersedar. tercengang seketika. rupanya, aku di alam kedua. mata aku beralih semula ke arah yang sama, melihat kuasa mistik tadi adakah benar-benar menjelma? tapi hampa, itu khayalan semata-mata. yang pasti, ini realitinya.........
-bersepah kan?? haha...jap lagi aku kemas. yang pasti, aku buat entry untuk korang semua dulu.. blah dulu wei...
peringatan: nak belajar pon mesti di tempat yang tenang dan selesa. kalau bersepah, kotor..setan suka. kau study ngan setan ah maknanye...~ aku tak nak!!
-peace yawww-
No comments:
Post a Comment