thank you followers

Friday, September 2, 2011

pompuan kan materialistik...

Boy: Marry me.. ?
Girl: Do you have a house.. ?
Boy: No..
Girl: Do you have a BMW car.. ?
Boy: No..
Girl: How much is your salary.. ?
Boy: No salary.. but,..
Girl: No but. You have nothing.. How can i marry you.?? Leave please.!!
Boy: (talk to himself) I have one villa, 3 property lands, 3 Ferrari, 2 Porsche.. Why I still need to buy BMW.?! How can I get the salary when actually I'm the BOSS..




****************************************
hell yeahh!! bagai tuan puteri, nak rumah nak kereta nak segala. kadang-kadang lelaki macho kat luar sana pon jadi bengang ngan pompuan macam gini. disebabkan pompuan macam ni, orang kata pompuan ni materialistik. patut ke?? haish...tak patut beb. aku tak pon. mak lijah tepi umah aku, tak pon. adik aku yang kembar 6 tahun tu, tak pon. so, tak fair lah cakap semua pompuan materialistik. sekurangnya, bukan semua. kalau jenis yang mintak bagai-bagai ni...gila harta betol, jenis makan pakai tak cukup memang lah patut kalau korang nak label sebagai pompuan materialistik.

dah tung tang punya intro, aku nak bagi tau lah satu dua kisah ni : jom..!!!!

kisah 1:
ada lah salah seorang yang aku kenal, napi(bukan nama sebenar), dia punya sayang kat awek, macam aku sayang kat laptop aku. bawak sana bawak sini, usap sana usap sini, siap cuci segala la...akhirnya, dorang nak berkahwin. jadi, si napi bendul ni belikan la awek dia tu rumah fully furnished lah kan, baru senang lepas kawen nanti kot. yang silap napi ni pulak, beli rumah atas nama pompuan tu. sekali sebelum kawen, pompuan tu batalkan sebab dia 'terjumpa' kekasih hati baru. sekarang si napi tu, dok gila meroyan baban, duit habis, awek lari, rumah yang dibeli pon tak de. habis, ape cite?? memang tak salah kalau dia dok menjerit pompuan ni materialistik pon.



kisah 2:
tasya(bukan nama sebenar), family dia bukan orang senang sangat pon, belajar lagi pon. aku pelik la jugak, hidup sebagai student ni, mana datang duit nak belanja macam si tasya ni. nak kata family bagi, aku tengok dia yang bagi duit kat family. satu hari, dia ni bagai tahu otak aku sedang kaji hidup dia, dia pon senang cara, gtau aku tanpa segan silu. dia gtau, hidup dia memang bergantung kat si pakwe-pakwe je. tak de pakwe-pakwe, tak de belanja dia. nak tukar fon, mintak kat pakwe sini, belanja bulan-bulan pakwe sana pulak support, nak beli baju segala pakwe lain pulak bayarkan. memang untung lah kau pompuan.~ habis dari atas sampai ke bawah yang kau pakai tu, hasil dari bakat menipu kau. 



kisah 3:
ni cerita orang dah kawen. mentang-mentang lah suami kau tu kerja best-best. dok lam opis, geleng-geleng kepala, goyang-goyang kaki, gaji sebulan beribu-ribu hengget. kau main mintak je apa kau nak, duit segala kau nak control. gaji laki kau bulan-bulan, kau yang tolong habiskan. segala kat diri kau lengkap, bila berjalan..cantik je dari hujung tudung sampai ke hujung ibu jari kaki, memang mantap. tapi laki kau yang keje opis tu, selekeh tak patut. mana tak, segala duit dia, kau habiskan untuk kau jek. tak patut, tak patut. nasib baik laki kau tu laki kau, kalau laki kau tu aku, dah lama aku pasang lain tau.~



*********************************************

ok, aku bukan apa. aku cerita kisah-kisah segala, aku nak la korang paham pasal topik yang aku nak cerita hari ni. kalau terkena kat sesiapa, barang sesiapa yang terasa buntotnya panas ketika membaca entry ini, aku nak mintak maaf la.~ padan muka korang! sape ajar korang wat macam tuh, kan dah kena ngan aku. haha... pe jadah korang nak marah aku balik, dah memang cerita betol pon kan.

aku pon pompuan beb, dan sebab aku pompuan la aku terpanggil nak buat entry ni. sebab, rata-rata aku pergi memang aku tertengok benda-benda ni jadi. aku tak kata pompuan ni tak materialistik, secara logiknya, memang pompuan materialistik. kau tok sah nak kencing lah...kalau dah nama bercouple, jap kau kata nak cincin untuk couple, jap lagi kau kata nak tshirt couple. kalau boleh, segala yang korang pakai tu nak sama macam pasangan korang. kan? kan? kan? eh, korang tok sah nak kencing aku la...aku tahu! aku tahu! aku tahu beb......

tapi, benda macam tu sempoi lah lagi kan, kena ngan pakwe korang kepala sama, memang dia layan la. kena yang tak berduit, yang makan pon tak berapa nak cukup. korang mintak segala tu, tak ke haru?? kesian member tu beb, dah tak berduit, awek pulak mintak macam-macam. aku rasa, sebab tu lah kot, ramai mamat-mamat sekarang pilih untuk jadi pusher(eh..yang ni aku nak cite next entry ok).

kita pompuan kan, kena jugak beragak. tak payah nak bergantung hidup kat lelaki sangat. dorang pon ada hidup dorang. barang dorang dah jadi laki pon, dorang still ada family. jangan lah korang selalu meminta. cek balik dalam ilmu agama, bila dalam perkahwinan tu, apa yang patut si suami bagi kat si isteri. zahir batin segala. semua dah ada diberitahu, cuma kita je yang tak nak ikot yang tu, kita asyik nak ikot orang sekeliling. orang ada umah besar tu, kau nak yang besar lagi. orang ada kereta macam tu, kau nak kereta hebat lagi. biasanya, pompuan lah yang ada ciri-ciri bersaing hebat macam gini. insaf-insaf lah beb.~

bagi yang dah kawen, kau tok sah dok kalut nak demand tinggi sangat lah. walaupon dah kawen, kesian si suami. dia kawen ngan kau, offer diri nak tanggung dosa kau pon dah cukup kira bagus. lagi mahu mintak macam-macam ke...??

ok, cukup sampai sini je entry aku. aku akan tambah mana-mana part yang aku tertinggal nanti okeh.

peringatan: pompuan jangan nak melebih, kau akan merosakkan nama 'perempuan' itu sendiri. kau banyak hal, orang akan kutuk semua pompuan. khas untuk semua pompuan kat luar, termasuk aku sendiri la. peace yawww....~



6 comments:

nurayunni said...

syukur punyai teman yg leh trime seadanye..itupun dah kire untung kan..:)

ayuna ayuni.. said...

ouh.....memang!! :)

terima dan jadi seadanya~~~
hahahah

rara aziz said...

okay, cool gila. yup, lagi kalau perempuan yg cantik, lelaki2 biase mmg dia tak pandangggg..mcm la dia dewi kayangan..padahal spm pun tak lepas..T___T

ayuna ayuni.. said...

hahahah...ayat kamu lagi power...
yeahhh...!! spm x lepas yg x best dgr tu~~~

evocut said...

Kalau cantik aku xkisah habis duit,ni muka macam orang ulu2 lagi serabai bajet cun,pau sana pau sini.ha3..tengok kalau jadi mcmni pada kaum perempuan
http://syahmismail.blogspot.com/2011_07_01_archive.html

nur farahin binti sulaiman said...

duit tue mmg la penting juga.. tp keikhlasan n kejujuran lgi sgt penting..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...