kalau aku rasa sepi, aku suka ingat kembali kisah lama. ada kala, aku tersenyum, ingat segala kisah suka. ada kala, aku menangis, ingat segala kenangan pahit yang menimpa. aku tahu, tak sepatutnya aku bersendiri. namun, aku suka, tetap suka.
walaupun berselang seli, tangisan dan ketawa. aku tetap tenang, dalam dunia aku sendiri. bila aku rasa sesuatu, aku menulis. aku tak tahu, sesiapa sahaja mungkin terbaca penulisan ni. andainya ada yang memahami, aku bersyukur. mungkin ada yang tak mengerti, tidak apa, jangan gusar, aku tak berkecil hati pun.
mungkin ada yang kenal aku akan keliru dengan setiap penulisan aku kat sini. ya, ini lah aku..!! diri aku yang didalam. mungkin yang mereka kenal, hanya luaran. memang, diri ini kasar, garang, sombong. pelbagai tanggapan yang aku dengar, semuanya negatif bercerita pasal aku. tapi, ini lah aku. ada ketika, lebih suka bersendirian, melayan kerenah hati yang satu ini. mungkin orang kata aku suka berjiwang.
aku cuma ada satu kisah cinta, dan cinta itu telah pun pupus di hati sebelah sana. oleh kerana aku selalu melayan hati yang satu ini, kisah cinta aku tu tak pernah pupus bagi aku. aku tahu, tak patut semua ini terjadi. harus bagaimana? aku tak mampu padam segalanya, walaupun sudah bertahun terpisah jiwa. aku sudah berjanji, cinta kami akan aku kenang sampai bila-bila. ya, begitu mudah aku berjanji. sedangkan, hati tak larat untuk memikul janji-janji itu. aku makin sesak dalam jiwa aku, dalam janji-janji aku. aku tak mahu menjadi seorang manusia yang lupa pada janji. biarpun, sepatutnya semua itu perlu dilupakan.
ahhh..!!! berkhayal memang mengasyikkan. lagi-lagi bila hati ini rindu pada kisah dulu. bodoh. itu saja yang mampu aku berkata. bila masa semua cerita ni nak berhenti. sudah aku cuba, tapi tak bermakna. lama dulu, aku pernah cuba, menganggap dia telah tiada, tiada di dunia. kejam kah cara aku? mungkin juga... tapi, aku tak mampu, duduk aku tak pernah tenang. bibirku menyebut dia telah tiada, ingin melupakan segalanya. tapi, dalam hati ini berlawanan. hati aku percaya dia akan kembali. ah..!! bodoh lagi..!! berapa kali aku cuba, tapi tak berhasil. sampai la masa aku menulis ini, jiwa aku mahu pecah, menahan segala rasa. mungkin orang tak tahu, sakitnya semua ini, lebih sakit dari segalanya. kisah cinta yang satu ini, mampu melembutkan jiwa yang kasar. gasak, memang gasak. satu cinta mampu menukarkan identiti aku.
entah bila, semua ini akan berakhir. soalan itu la yang berulang selama ini.. dan mungkin, akan menjadi soalan sampai bila-bila. soalan yang tiada jawapannya. aku pasrah!!
********************************************************
peringatan: jangan bermain dengan api kalau tak cukup air. jangan main dengan cinta kalau jiwa tak kental mana.
-peace yawww-
11 comments:
nukilan jiwa yg menarikk..huhu
terasa laa baca entry nie... siap ader background music sedey kat blog lain plak...
kalo org sane yg da buang kita, buat ape kita nak engat kat dia lg kn.. pasal janji kat diri tuh xpayah laa buat sbb bnde tuh akan sakitkn kat diri kita balik.. try lupa kan org tuh... mungkin org tuh x sesuai tok awk... ^___^
luahan perasaaan. ni. amboi. heheh
faez: hehehe...berapa markah??
kura : sekali sekala pon perlu seyh buat entry jiwang.
ngeh ngeh
chacos:
thanks untuk kata2 di atas...
:))
mungkin betol, dai tak sesuai. aku terlalu baik untuk dia kot.
huwawawa
dear..apa yg kita rasa sama sngt...mmg sesoronk dgn khayalan...
ada kala...hidup di dunia khayalan lagi best dari hidup didunia reality
mizz atie:
haha. yeah..!! dah jumpa geng khayal...
:)
kdg2 apa yang kita rasa tak sama dengan apa yg kita tunjuk..~~
tapi, itu yang terbaik sebenarnya
hahahaha.. so, jd laa jahat skrg.. kah3x..!!
p/s :: sgt2 xpndai nyanyi... sekian.. hahaha...
chachos:
tak mampu nak jadi jahat lagi
:))
terase sedih :)
sbb sy sndri msh 2ngu sese0rng yg xperlu di2ngu.,kdg2 rase b0d0h.,tapi kenyataan aty ttp syg ~_^
Post a Comment