thank you followers

Thursday, October 13, 2011

11 GOLONGAN AHLI NERAKA


Surah Al-Naba ayat 18 :
"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." 

Saidina Muaz bin Jabal pernah bertanya kepada Rasulullah :
 "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" 

Rasulullah menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab: 
"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:- 


********************************************************************************************************

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana 
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga. 


2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu. 


3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular 
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat. 


4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang 
berdusta. 


5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan 
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan. 


6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah 
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat. 


7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan 
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan 
kebenaran. 


8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan 
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati 
sebelum bertaubat. 


9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. 
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim. 


10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang 
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua 
ibu bapanya. 


11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, 
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar 
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras. 


Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah: 

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas 
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih 
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati 
dalam keadaan bertaubat.

**************************************************************************

entry aku hari ni, sesuai la untuk semua pembaca. tak kira tadika ke, sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, yang tengah lepak kat cc ke, yang tengah lepak kedai kopi ke, tua ke, muda ke. semua boleh baca. selagi nama nya sebagai orang islam, kita perlu ambil tahu semua ni. 

entry ni pon, untuk peringatan bersama la. aku dan korang. kita serupa. masing-masing mencari sesuatu dalam hidup untuk bawak bekal ke destinasi yang sama. aku sendiri, perlu tahu banyak lagi pasal agama. sekali sekala bagus jugak buat entry macam ni kan? haha.

dalam dok nakal-nakal, PENCIPTA jangan kita lupa. aku ambil ni dari facebook. mungkin dah ramai kot da baca. so, facebook ni pon ada baiknya jugak.

selamat hari jumaat semua orang.

-peace yawwww-

19 comments:

Admin said...

nice entry tq for sharing

cacamarba said...

lailahaillah..saling mengingatkn semoga kita msuk dlm golongan mukmin...

ayuna ayuni.. said...

phat:

welcome

heheheheh

:)

ayuna ayuni.. said...

cacamarba:

a'ah...kan?

tp, kdg2 tu ada yang marah.

Unknown said...

thanx for share with us ^^

Pendamba Mawar said...

mekasih share pkra manfaat ni

Cik Tetra said...

nice entry..bagus untuk menyedarkan kite semua drpd lalai.terima kasih ye! :)

ayuna ayuni.. said...

nabila:

sama2.... dah memang keje kita semua ni,...

:))

ayuna ayuni.. said...

tetra:

yes..!! lalai maknanya, kita makin jauh dengan ALLAH.

perlu jugak ada pengisian jiwa...

:)

ayuna ayuni.. said...

pendamba:

heheheh

same2

Oppa Kudin Nz said...

kite same2 beringat :)

ZACK ENTRY said...

nice sharing..^^,

Haqim Mohamad said...

alhmdllah dpt ilmu kat sni:)
hm,ayuni ayuna ad msok contest ustzh plhn k? hehe

ayuna ayuni.. said...

oppa:

heeh. a'ah kan..same2 beringat

ayuna ayuni.. said...

zack entry:

nice ek???

ayuna ayuni.. said...

aqim:

hahahah...tak mesti dah post satu dua entry cam ni kena masuk contest cam tu kan??

Haqim Mohamad said...

haha.gurw je miz:)
bgus pe ad entri cm ni, owg bce je miz dpt pahala:)

D'ya Marshmello said...

nice 4 sharing..myedarkan org lain sbelum pntu taubatNYA tertutup :)

JOM SINGGAH & KOMEN : Bila Facebook Jadi Platform Untuk Tunjuk Poyo

Ardini Humaira said...

jom kita up point untuk ke syurga :) tambah iman, taqwa, dan amal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...