thank you followers

Saturday, October 1, 2011

sms perosak jiwa

satu petang, sedang aku bersantai di rumah. sambil-sambil menggosok perot yang lapar. tiba-tiba henset cikat aku vibrate.

memang dari semalam henset ni ngan aku, bertubi-tubi mesej masuk. tapi, tak de mood pulak aku nak bukak satu per satu. sial la. asal aku malas sangat ni.... sampai henset pon malas nak pegang. tak layak mengaku pompuan la cam ni.

haish. perot aku yang dari tadi lapar, aku biarkan. 



-rasakan kau perot, kalau dah start makan..tak pernah reti nak kenyang. sekarang, aku tak mungkin sumbat walaupon sebiji nasi. biar lemak tepu yang berkumpul ni pecah-pecah. untong nasib, aku boleh kurus. ye tak?

aku capai majalah WANITA, opkos la mak aku punya. apa jadah aku nak beli buku cam ni kan.... hekhek

..............belek punya belek punya belek...............

setan!! tak de topik menarik pon. boring gila....apa nak buat ni? nak keluar lepak-lepak, tekak dan perot perlu diisi, duit pulak macam bermusuh ngan aku sekarang. keluar masuk macam air. celaka. aku bingkas bangun dari pembaringan, capai henset. unlock-messaging-inbox.  

23 unread messages...!! haram. makhluk mana la yang tak menyabar dok mesej aku ni. peminat la kot kan? 



***************************************************************************

32665008:
ali cutie chubby wants to be your friends on facebook. You have 7 friends in common. Reply "add" to confirm.

32566012:
musang berbulu's status: if you hate me that much, just delete me as your friend...!! crazy.

BFF-kerol:
lepak jom. pukul 9 malam ni. aku belanja. pe macam?

BFF-amir:
kau tolong pujuk tasya, aku usha dia..tak pernah nak makan umpan. aku nak dia dow, serious. tolong ayat sikit.

UITM-hani:
assignment hari tu dah siap belom? kalau belom, datang la ambek, aku bagi kau copy.

MR. BAPAK: 
duit belanja cukup tak? kalau tak cukup, abah nak gadai bulu ketiak ni, pergi bank in untuk kau!

32339:
RM0.00 PERHATIAN!!! sms ON SITI ke 32339 sekarang dan dapatkan gambar AWEK CUN!! vid mp3.pdft PERCUMA!!! Jgn tunggu lagi! type out to opt out.mx1300223228

28887:
RM0. Ingin cari teman tapi mesra? Carilah teman2 di xxxxx utk berkongsi cerita, suka dan duka. Hantar xxxxx ke 28887. RM0.15/SMS hantar & RM0.25/MMS hantar.

32133:
RM0. Dapatkan pelbagai video yg menceriakan hari-hari anda. Tiada lagi istilah bosan! 7 hari PERCUMA utk langganan pertama video Mistik.

31123:
RM0. Anda sunyi? Gersang tanpa orang disisi. Taip ON SEX untuk menikmati rasa bersama. Hantar ke 31123 sekarang. 

******************************************************************

bagai-bagai mesej aku dapat. datang dari setiap pelusuk, nasib PM je tak mesej aku lagi. ada lagi yang aku belom baca. mungkin aku akan delete teros je kot. haha. 

darah aku tiba-tiba takat suhu mendidih. sebelom henset cikai aku ni jadi mangsa baling, baik aku simpan senyap-senyap bawah tilam. 



ces! bedebah! 

ingat kan ada la peminat bagi satu dua mesej. ni tak, bukak-bukak je dah dapat mesej ntah apa-apa cam tu. aku tak boleh terima la macam ni.

awek cun konon, boleh download video konon, boleh cari teman tapi mesra la konon, boleh dapat cerita mistik la pulak. bagai-bagai la mesej mengarut ni...apa jadah?? serious aku tak paham. apa pekdah dorang dok hantar mesej macam tu. dapat sambutan hangat ke dari pengguna? siap boleh download video awek cun bagai. 

aku dok pikir-pikir-pikir, sampai tersembul biji mata aku ni ha....

awek cun mana pulak la yang nak bagi gambar untuk di'download' orang.....??
awek cun mana pulak nak bagi video untuk di'download' orang...??
video apa sebenarnya...?? tak kan la video bercakap ngan bunga pulak kan.... 

mesti ada kumbang disebalik bunga ni kan. macam-macam la zaman sekarang. aku rasa, hidup zaman sekarang lagi mencabar kot. bahan tak elok bersepah mana-mana. tak perlu nak cari, dorang datang sendiri. cuma tinggal kehendak diri sendiri je. pandai pilih cara hidup, insyaalah selamat dari setan segala. tepuk pipi, tanya hati. korang nak ke terjebak dalam kancah bahan-bahan tak elok ni? tak baik tau...

korang pernah dapat mesej macam ni? ke aku sorang je mangsa....


peringatan: pakai henset untuk benda berfaedah. setakat nak mesej bukan-bukan, 24 jam. baek jangan pakai henset. bazir masa. lagi pulak sekarang henset dah canggih. dunia tanpa sempadan di hujung jari. dari cari benda tak elok, baik kita buat entry. ye tak? haha.~

-peace yaww-

7 comments:

Edy Fee said...

orhh smp mcm tu skali..lapar kot
hurm,m hendfone tu ade lg..wah

ayuna ayuni.. said...

edy:

mana mampu beli nak beli henset canggih ....

:)

msredcheesecake said...

sms yg merepek tu selalu dtg tanpa diundang... ntah dtg dari mana ntah...

salam kenal yea...

ayuna ayuni.. said...

cheese cake:

betol2...setuju sangat

Pendamba Mawar said...

sms cam tu memang slalu je ada...haha

ayuna ayuni.. said...

pendamba:

tp bengang la....macam la kita layan sangat benda2 cam gitu...

Gloria Wong said...

haha..enjoy bca blog awak.

smmg nya isu smsa.hbat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...