satu hari aku berjalan kat shopping mall, nama tempat tu east coast mall. kat kuantan lah kan, benda tu wujud kat sini je pon. nak kata besar tu, tak la besar mana. boleh kata sedap-sedap untuk shopping la. niat sebenar aku, satu je. nak sentap kfc. entah hantu mana rasuk aku, terasa macam nak beli baju sikit-sikit. baju aku pon, semua dah lusuh-lusuh. memang patut lah kan.
ditemani puak rapat aku, satu-satunya member pompuan yang aku rapat sejak sekolah dulu. mira namanya, cantik..sopan..manis-manis. memang kontra lah dengan aku ni kan. macam mana dia boleh tersangkut nak berkawan dengan aku, sampai hari ni aku masih lagi mencari jawapan yang pasti.
ok, mula cerita macam ni. masa aku makan kat kfc tu, table aku untuk aku 2 orang. memang padan lah kan. aku letak je buntot, terus aku start makan. tak pandang kiri kanan dah. mira, macam biasa henset melekat kat telinga. orang dah ada pakwe mana boleh berjauhan barang seminit dua. tak cukup main call call, mira 3g pulak. aku teruskan mengunyah. sambil-sambil tu, aku tengok orang lalu lalang. aku cari idea untuk entry blog kesayangan aku. hah, sampai macam tu sekali nak dapat idea. gila tak gila?
dalam 15 minit aku dok memerhati. yes..!! aku dah jumpa topik entry aku. dalam ramai-ramai yang jalan kat situ. hanya orang tu je yang menarik minat aku. siapakah orang itu??? ha..... teruskan membaca.
orang pompuan, kalau dah kawen biasanya mesti nak anak. kan? kan? kan? konon bunting pelamin bagai tu kan. macam mana keadaan pon anak mesti menjadi keutamaan. aku pon tak tahu apa sebab. dengan kerjasama dua pihak, anak tu akan tercipta. korang google sendiri la kerjasama yang macam mana aku maksudkan ek. haha. bagi aku, pompuan yang pregnant sangat comel. terus nampak keibuan gitu. lagi-lagi kalau dilayan mesra oleh si suami. memang aku rasa nak kawen sangat-sangat lah kan.
mata aku dok follow sorang pompuan ni. preggy lah kan, aku agak-agak dalam 5 bulan kot. aku pon tak tahu. aku bukan mak bidan pon. agak saje lah. sweet je, si suami dia peluk pinggang dia. terkedek-kedek sepasang tu berjalan. mesra beb! ayam kfc yang aku kunyah tu pon rasa tak rasa je bila tengok dorang. masa dia lalu dekat aku, suami dia tengah cubit manja hidung pompuan tu. fuuulamak...!! manja siot.... aku minat sangat. aku usha dorang sampai lah aku tak dapat tengok bayang dorang. dan, aku mula terfikir tajuk entry baru.
entry kali ni aku nak cerita pasal pompuan pregnant, tapi tak cantik. dari pandangan mata hati aku la. nak tahu pompuan macam mana? jom kita lihat..!!
******************************************************************
yang ni memang trend terkini.
yang tak pregnant pakai ketat, kalau dah pregnant pakai sendat-sendat.
memang selalu aku jumpa macam ni la. siap tu pakai legging pulak.
kalau aku jadi baby dalam perot tu, dah lama aku lemas.
kalau aku jadi baby dalam perot tu, dah lama aku lemas.
kesian. elok-elok baby tu nak membesar dengan elok. tapi, terbantot.
sebab si ibu nak ikot trend sangat.
yang ni pon selalu aku jumpa. pakai jeans. aku tak paham, perlu ke semua ni?
memang la aku tak pernah pregnant.
tapi, kalau aku pregnant sekali pon aku tak nak jadi macam ni.
nampak pon seksa. nak duduk, bangun, berjalan semua payah.
kalau macam ni. kat malaysia jarang sikit ada. ada tetap ada tapi tak ramai.
aku yang tengok pon takot. aku risau baby dia ni kepala kepek je nanti.
kot kot la terkena belt tu ha. haha.
tak patut digelar ibu sungguh la.
sape-sape yang nak gelak. gelak la. tua dah orang ni tapi nafsu tinggi lagi.
terpregnant pulak. pregnant pon aktiviti mingguan tak lupa.
bersenam untuk baby. silap-silap karam di lautan la kalau cam ni.
jerung nak dekat pon pk dua tiga kali.
aku pernah jumpa sekali kat pantai area sini.
***************************************************************
nak buat apa pakai ketat-ketat dan sendat-sendat. nak tunjuk kat sape lagi yang kau pregnant? sekali pandang da boleh tahu dah kot. lagi satu, tak kesian kat suami ke? banyak sangat dosa yang perlu si suami tanggung. dah dah la tu menambah dosa. bukan susah pon.
yang suami pulak. tegur-tegur la bini tu. tak kan barang korang nak buat tontonan ramai kot. korang punya, korang jela tengok dan rasa. haiyak...!!!
kesian kat baby tu lagi satu. ketumbesaran beliau terbantut. sebab tu ramai orang pendek-pendek sekarang ni kot. hahahahah....
aku suka pompuan pregnant macam ni ha. tak cantik pon tak pe, asal tak berat mata memandang. nampak sangat keibuan beliau. ayu gitu... hehe.
masa pregnant tu la yang perlu dijaga sangat-sangat.
dari situ la bermulanya kehidupan seorang insan baru.
kalau tersilap bentuk dari situ, korang jugak yang menyesal.
sekarang ni, ramai ibu-ibu muda.
member-member aku pon ada dah yang kawen. aiseh..!!
aku bila lagi..? haha.
aku nak anak macam gambar kat bawah ni.
sepoloh orang pon aku tak kisah.
wahahahahah
-peace yawww-
19 comments:
best!!!mantopp!
suke tgok pompuan pregnant yang pakai supan :)
aisyah:
hahahah....mantopppp!!! meletoooppppp!!!!!.... kebabom~~~
da pregnant tu jga la diri dan baby ye dak.. ketat2 nak buat pa.:)
yana:
nt kite try ramai2 la...
:P
ahhahah
haha . nice entri lah . kan nmpk sopan lau pregnent pkai bju besar2 . pkai ketat pnyek ank dlm tu nt . HAHA
pendamba:
a'ah...betol2....
insyaallah..
kandongan ni akan dijaga elok2...
wahahahahah
sweet ! suke nye kalau suami zana macam tu :DD
http://syazanasani.com
syazana:
ahhaha. semua nk husband cam tu lah kot...
:))
nice entry...suka sgt baca..heee..:)
kelakar ada... membina pn ada...
hoho likeeeeeee
tieka:
thanks dear....:))
lily:
heheh...kdg2 perlu masuk yg kelaka2 jugak kan....
heheheh
pendamba:
1000 kali like
serammm plok tgokkk
kasih:
seram???
HAHA , sokong penuh2 pendapat ayuni !
salam singgah,
buat adik2 yg anak2 dara lagi ni.. memang ada seluar khas utk ibu2 yg pregnant ni.. even seluor jean pun ada... ;) tak sendat pun.. tang kaki lah kot nampak membalut cam biasa.. tak perut tak pun.. sbb ada kain khas utk cover sampai atas perut..
so, ade seluar yg sesuai utk ibu2 mengandung ni..
Post a Comment