rata-rata blogger update pasal hari raya. aku pulak, tetap sunyi tanpa sebarang post. bukan tak mahu post, tapi ada sedikit masalah. apa masalah tu? aku akan cerita entry akan datang. hari ni, nak tak nak, aku gagahkan jugak jari jemari aku ni. menonyoh button keyboard satu persatu. tak tahan beb, idea ada tapi tak mampu nak buat satu entry. seksa rasanya. haha.
oleh kerana semua orang dalam mood beraya lagi. aku nak cerita sikit pasal raya. bukan baju raya, bukan duet raya. tapi, pasal makanan hari raya. kat rumah korang masak apa? dah kata pon hari raya, biasanya yang mampu dari segi kewangan segala akan wat menu yang agak special sikit lah kan. dah tu, hari raya aidil adha ni memang tak lari la dengan limpahan daging korban.
yang memana tak pernah nak tengok binatang kena korban, masa ni lah peluang terbaik korang. nak amek gambar ke, nak wat video ke. macam-macam boleh buat. yang aku paling best, kalau time gini...dalam peti ais rumah tu penuh ngan stok daging. dari ke daging, sampai ke tulang, sampai ke ekor dan segala bahagian lembu tu la.
sesapa yang tak tahu, aku memang dibesarkan dengan persekitaran dan cara hidup orang terengganu. aku orang kampung-kampung belah pantai timor aje. jadi, makanan orang terengganu ni sangat-sangat mewah bagi aku, walaupun sedikit pelik. nak tahu apa yang pelik? aku tunjuk kat korang, jom layan................
*************************************************************************
ni nama dia sup ekor. ni bukan setakat orang sini je minat aku rasa. rata-rata tempat pon ada jual ni. lagi-lagi kalau korang ada masa melepak kat area sungai besi. kat situ sup ekor dia tip top beb..!!
yang ni feveret aku ni. sesapa yang kurang lemak, nak menambah lemak sila-sila la makan sup ni. sangat best.! nak makan sup tulang/gear box ni tak boleh nak gedik-gedik ok. tak boleh nak control cun. nanti kenikmatan tu hilang. nak makan ni, kena siap ada garpu, pisau, lagi syok straw. dapat dua tiga batang tulang, bereh teruh la wei. sangat best.
ROJAK KATEH
ni dah masuk dalam kategori pure terengganu. aku tak pernah jumpa lagi kat negeri lain ni. rasa dia memang best. masam-masam-manis gitu. macam rojak lain jugak, tapi dia pedas sikit. kateh tu, bahagian lembu yang dekat-dekat ngan tulang. dia macam isi tapi agak liat sikit. aku tak reti la nak gitau cemana. korang rasa sendiri la nak tahu sedap ke tak. nak buat ni sangat leceh, jadi orang jual agak mahal la sikit. tapi, berbaloi..!
kalau kat tempat lain, aku tengok dorang akan buang bahagian perot ni. pernah aku pergi kat orang sembelih, dia tanam perot lembu. aku dah macam, "kenapa kau buang ni...?" kat dalam hati. sebab kalau kat tempat aku, dorang amek perot ni. buat balik, basuh-basuh segala. pastu buat la macam-macam. ada yang buat perot bakar, gulai lemak perot lembut, perot lembu cicah ngan air asam, kerabu perot. kalau korang tengok masa dorang bersih perot tu, memang tak lalu nak makan. tapi, bila dah siap. memang hadap tak lari la. menu ni, aku syorkan korang suruh family korang buat sendiri. bukan apa, masa nak buat tu kena betol-betol bersih. kalau kita beli, kita tak tahu orang tu bersih perot tu betol-betol bersih ke tak. hehe. aku akan makan kalau yang family aku buat jek..!
lidah lembu bukan tak berguna. sesapa yang minat, memang ni lah yang ditunggu-tunggu. aku tak makan, teringin jugak nak mencuba tai tak boleh masuk lagi la. lidah ni, ada orang wat sup, ada tu goreng kunyit je, ada jugak wat masak lemak.
OTAK LEMBU
korang ingat zombie je makan otak? antara kita-kita ni pon ada yang makan otak tahu. kalau aku, aku suka goreng biasa je. tak payah nak masak beria-ria sangat. dia lembik-lembik je. bila korang nak goreng tu, pastikan minyak kena banyak la. baru best..!! kalau minyak sikit, nanti hancor.
BATU LEMBU
lembu pon macam manusia. ada jantan betina. kalau lembu jantan, adalah batu nya. tak tahu batu lembu cemana, aku boleh siap bagi gambar kat korang ni. tengok betol-betol. yang bulat seketol tu batu lembu. sama tak ngan batu manusia? tu akau tak tahu. ok, batu lembu ni pon sama gak macam otak dia. sedap digoreng je. basuh cuci-cuci, potong kecik-kecik, gaul ngan kunyit dan sedikit lada kisar. memang best.
*************************************************************************
jadi, aku pon dah tunjuk makanan-makanan pelik. ada tu, yang tak pernah tahu pon benda ni semua boleh dimakan. best memang best, tapi jangan selalu. sebab tak elok untuk kesihatan diri kita. untuk mencuba sekali seumur hidop tu, boleh aje. ada pengalaman, boleh cerita kat anak cucu. lagi satu, tak membazir. seekor lembu tu dimanfaatkan sepenuh nya. hehe.
sebelom aku habis cerita, aku ucapkan selamat hari raya aidil adha untuk korang semua. ada masa, jempot datang rumah. tak kira raya ke tak raya. hehe.
peringatan: aku mampu share yang gini ajek. aku tak de gambar cantik-cantik untuk ditempek kat blog aku ni. haha. selamat bergembira.
-peace yawwww-
23 comments:
hahahhaha batu lembu? mmg pelik,,, tu i xpernh tgk n dgr
VATU TU JE YG TAK TAHAN SGT. YANG LAIN OKAYLAA xD
kesian kat lembu...,,habis anggota kna ambik bt masak..drpd otak sampai k batu kna ambik..hmm..dahla xbersunat....kna potong xkasi balik dah..ksiaaaaaaaaaaann...hahaha
khai:
ala..pelik sgt ke? hahaah
soda:
batu pon sama mcm yang lain jugak...hehe
ADUH..PELIKNYA MAKANAN...
twisties:
haha. kesian mmg la. tp dah alang2 kan. kita gunakan semua, apa yg ada. heheheh
:)
queenpink:
pelik2 tp best
di hari raya aidil adha nih semua makanan berasaskan lembu!! huhu!
lapar pulak nampak menu ni... hehe
perghh..mcm pelik2 je..x bhaye ke mkn.
luqman:
a'ah....nak mencari unta payah. qibas pon payah.
lembu aje la plg popular. mcm retis jadik nyeee
susan:
hahahha. try la menu ni. best!
oppa:
setakat makan sekali setahun tu tak la bahaya.
tp, kalau dah yg berpenyakit, elakkan makan la.
sbb kalori tinggi ni.
:)
smua xpernah mkn lg kih3...hehehe
perut tu mmg pebret,,,tp rojak kateh tu mcm sdap mne mau cri??
ku azhar:
hahahha. tu lah! abah patot rasa menu2 ni. nt abah boleh cerita kat anak cucu
pajong:
kalau perot best, rojak kateh lagi best
kat terengganu bnyk, pasar payang n pasar cabang tiga.
:)
wahhh..
Cedap tuh sup gear box..
berlumut bibir makan..hehe~
urzain:
yang berlumut bibir tu tak tahan.! hahaha...nikmat makan tuh
haha,,,batu lembu ni bru smalam i tgok atok bersihkan,,,otak tu i tak pernah tengok la...boleh mkan ke,,,plik
nuraina:
nama nuraina ni comel..!!
hahahha. batu lembu kalau goreng lg best dr otak. otak lembik
kelainan tue cool ape.... huhuhuhu XD
Post a Comment