thank you followers

Sunday, December 4, 2011

musim hujan dulu-dulu

aku bangun pepagi tadi, sunyi gila kat asrama aku ni. aku pulak memang kalau dah bangun tak akan tidor semula. nak tak nak, aku layan lah emosi sorang-sorang. hujan memang dari malam tadi tak berhenti. jap renyai-renyai. jap lebat-lebat.




malam tadi aku jenguk kat fb aku, tengok-tengok kuantan dah banjir. beberapa hari lepas, aku tertengok kajang yang banjir. memang musim banjir kan sekarang. tak hairan lah situ sini naik air. pagi-pagi macam gini, aku pulak sorang-sorang, sumpah boring bagai nak rak.

dulu-dulu masa aku kecik, mak dan mr bapak puas lah dok mengepung aku dalam rumah. dorang tak nak bagi aku keluar. kalau dah keluar, tak tahu jalan balik. kalau korang, apa yang korang paling suka buat kalau musim macam gini..?? kalau aku, paling aku suka buat benda macam gini. nak tahu, jom layan cerita aku...!!

*************************************************************************

aku suka buat sampan kertas



malam-malam aku kebas semua surat khabar lama mr bapak. tak cukup dengan tu, majalah wanita mak aku pon aku buat jadi bahan. aku buat sampan kertas. macam-macam saiz ada. besar, kecik, sederhana...semua ada la. aku buat banyak-banyak, letak dalam plastik. buat stok untuk aku main esok pagi. 


aku suka mandi hujan



kalau dah nama musim hujan, apa lagi budak-budak suka melainkan mandi hujan kan. aku ingat lagi, aku ronda taman tempat tinggal aku tu ngan beskal kesayangan. memang syok gila. tak pk takot langsung, buat macam tempat tu aku punya je. bila ada makcik-makcik suruh aku balik, aku cakap nanti doraemon datang amek aku. memang gila.


aku suka cari ikan kat paya



aku tak tahu la kalau orang bandar macam mana gaya hidup. kalau aku budak kampung ni, banyak paya kat kampung aku. pagi-pagi keluar rumah, curi bakul sayur mak aku satu dua. destinasi memang tak salah, paya belakang rumah member aku. cari ikan kat situ. dapat ikan sekor, bagai nak gila aku happy. balik-balik rumah, konon nak bangga depan mak aku. dah tu, makan bebel sampai malam.


aku suka cari pacat atau lintah



kalau dulu, ada apek beli lintah ngan pacat ni. sekor 30sen. sekarang, aku tanya sepupu-sepupu aku. ada jugak lagi apek beli, apek lain lah kan. tapi, harga dah naik jadi 50sen. aku ingat, nanti aku balik minggu depan boleh la aku main cari pacat/lintah lagi. buat tambah duit poket kan. mahu kena berkejar ngan mak aku keliling rumah kot.

*************************************************************************

bila ingat semua kisah masa budak-budak, aku jadi sewel sorang-sorang. rasa macam nakal pon ada. nanti, kalau aku ada anak harap-harap tak dek perangai macam aku ni ha. teruk bebenor...

tapi, apa-apa pon aku ada pengalaman semua tu. mungkin ramai yang ada pengalaman mandi hujan tapi tak ramai yang ada pengalaman pegang pacat/lintah hidup-hidup kan??




peringatan: cuba cari pengalaman hidup, pengalaman tu menjadikan kita lebih matang. hidup tak de pengalaman sama macam kertas kosong yang tak berwarna.


-peace yawwww-


13 comments:

LynnDamya said...

haha, teringat pulak tym zaman kanak2 dulu, sgt seronok..nice story :)

Shafiea said...

like ur story..indu zaman dulu2..

che sakinah said...

hehehe.. I love my childhood too.

saya suka mandi hujan juga. samapai besar pon.. hahaha;p

CAYANG ALIN said...

zaman dulu2 memang seronok..sebab zaman tu takde gadget canggih manggih lagi..budak2 kumpul main kat padang..main kejar2, galah panjang, zero point (lompat getah), Rounders (bola lisut) dan amcam2 lagi la..seronok sangat..budak2 sekarang tak merasa semua tu..

Dekcik said...

hehe..ske mndy ujan tpi bab pacat2 2 takot2,..

Rushdiey said...

awak membuatkan hati nk menangis
teringatkan zman kanak2. T_T

nur anis said...

saya paling takut pacat dengan lintah..huhu..tapi main hujan memang best..lepas tu demam..

saeko_nakamura said...

bab pacat!geli!hahhaha

saeko_nakamura said...

bab pacat!geli!hahhaha

cacamarba said...

aku suka main basikal dalam tali air kecik..bes woo..lpas hujan air tu tggi..haha

Karbon Kopie said...

errrr..cari lintah?
takutnye...T__T

Karbon Kopie said...

lupa nk cakp : dah follow awk.

Kak Pis said...

pasni boleh bukak spa lintah... i follow you... jom follow me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...