thank you followers

Sunday, September 11, 2011

jual maruah #versi budak sekolah

hari ni, entry untuk sesiapa yang dah baligh. sesape yang tak pernah nak mimpi basah, jangan nak menggatal baca entry aku ni. haha.~

ok, aku tipu je. entry ni sesuai untuk semua jenis manusia. tak kisah tua muda, cantik, tak cantik, hensem, tak hensem. semua orang boleh baca.

*********************************************************

orang kata, barang mahal hanya untuk orang kaya-kaya je..
aku setuju...!!
orang kata, barang mahal kualiti mesti bagus..
aku setuju...!!
orang kata, barang mahal tak boleh disentuh-sentuh..
aku setuju...!!
orang kata, barang mahal selalu berbungkus kemas...
aku setuju...!!

orang kata lagi, perempuan ibarat barang..
ouh...yeke?? tak tahu ponnn.....

orang kata lagi, perempuan yang baik macam barang yang mahal...

perempuan yang baik, hanya untuk lelaki yang baik
perempuan yang baik, akhlaknya pun mesti baik
perempuan yang baik, tak boleh disentuh-sentuh
perempuan yang baik, menutup segala yang perlu ditutup


***************************************************************

dulu-dulu, masa sekolah, aku tak pernah ada pengalaman yang satu ni. aku tak pernah naik BAS SEKOLAH, sama ada untuk ke sekolah atau pun untuk pulang ke rumah. aku pon tak tahu la cerita di sebalik BAS SEKOLAH ni. aku dengar pon dari member-member..

sambil-sambil aku tunggu mak aku datang kutip aku, aku selalunya lepak dengan GENG BAS SEKOLAH. borak sana, borak sini. makan keropok, cendol segala, lengkap la hidup aku time tuh. 

seperti biasa, amir ngan firdaus(puak paling rapat) lepak sekali ngan aku. nak pekena cendol sesama. aku ngan dorang bukan satu kelas pon, so masa-masa cam tu la selalunya aku dan puak-puak bukak story segala. dah bersembang bagai, lutfi pon datang. dengan asap berkepol-kepol dari mulut. 


bau, haram jadah...!! memang aku tak suka pon orang merokok ni.

"yu...pinjam 5 hengget, ada hal la beb.." ringan mulut lutfi mintak duit aku sambil letak buntot ke kerusi plastik kuning lusuh.

"haram...kau nak buat apa? aku mana ada duit sebanyak ituuu...." aku pandang tepat ke muka lutfi.

"bangang ah lu ni lutfi, lu nak cekup lagi ke hari ni..tak puas-puas..dah la lu makan sorang, memang sial dow..." amir masuk line. aku pulak tercengang, tak tahu ape jadah dorang sembang. firdaus hanya tunduk, main punat henset kesayangan nya.

"semalam, guwa rasa tak rasa la..." lutfi balas sambil-sambil main sedut cendol.

-aku dah rasa lain dengar perbualan dorang. puak-puak ni bukan boleh main, depan aku pon main cakap je benda-benda bangang yang aku tak suka dengar.

"woi woi....rilek-rilek...slow-slow meh kasi cerita kat aku, apa korang nyembang ni? aku tak paham sial..." cakap ngan puak ni, aku pon terikut bahasa dorang. mana nak reti berbahasa.

"tak de ah yu...lutfi ni tahap sanggap dewa sekarang. dok pulun orang menjaja dalam bas...sehari 5 hengget, mampus ah. kepala hangguk dia." firdaus tetiba bersuara.

-aku dengan muka yang blur. pandang muka dorang silih berganti.

"lu...sial la. guwa punya hal la. eh yu, kau mesti kenal pompuan ni kan..?" lutfi hulur henset canggih dia. gambar pompuan terpampang besar.


"kenapa ngan dia?"

"dia la menjaja dalam bas aku...sekali cekup 5 hengget..." megah gila suara si lutfi.

"dia jual apa dow...aiskrim? kacang goreng?..."

"ahh..!! tak kempunan la si lutfi dengan semua tu, dia ni jual ni ha...besar punyehhh....." amir memberi jawapan yang ringkas. siap dengan gaya tangan di dada. cukup buat aku paham.

"sial...kau mintak duet ngan aku sebab tu, memang bodoh ah kau ni lutfi...aku rela belanja kau makan kot.." aku dah mula menyirap. lantas, aku bangun dengan hati yang merah menyala.

********************************************************

macam tu la lebih kurang aku borak ngan puak-puak aku time tu. dan, baru la aku tahu kenapa pompuan tu popular sangat kat area tu. 3 sekolah kat kawasan tu, boleh kata nama dia cukup terkenal la. sial..memalukan kot. 

ni kisah time aku sekolah dulu-dulu. sekarang punya trend GENG BAS SEKOLAH, aku tak tahu la, mungkin lebih 'baik' lagi kot. geli la aku.

time tu, aku rasa..dalam bas patut ada lambang ni




tulis besar-besar....DILARANG MENJAJA...

*******************************************

kalau kecik-kecik kau dah buat duit dengan cara macam gini. besar-besar nanti, apa jadi?? jangan la jadi barang murah yang boleh disentuh. jadilah barang mahal. lalalala...~~

barang baik, tak mudah disentuh. barang baik, ada kualiti yang bagus punya. barang baik, hanya untuk orang yang baik.

peringatan: mak kau hantar sekolah suruh belajar, bukan menjaja macam ni.. 
sila berubah selagi kau boleh sedut oxygen...

-peace yawww-

11 comments:

♥jiehaa♥ said...

setuju...! ;)

ayuna ayuni.. said...

thanks....

tp ni, dulu punya kisah la.

skrg xtahu la kan.

harap xde

M Firdaus Mohd said...

budak sekolah tu..haish, kalau macam ni perangai dia, alamanya dia pergi ke rumah2 tumpangan la setiap malamt tu.

ayuna ayuni.. said...

a'ah la kan...
tp, kalau ramai2 menegur tak jadi cm tu la kot

yg ada tolong sumbangkan dwet tu xle blah~~~

nini said...

uinah..menakutkan la bebudak zaman skang...haish...

ayuna ayuni.. said...

eum.......

jaga diri masing2. tak kira lelaki atau pompuan...

zaman sekarang, sama bahaya je

Namee Roslan said...

ayuni..good read. thanks. em budak sekolah tak fikir panjang dan mak yaha tak pantau.tu masalahnya. masalah sosial pun melonjak2..buang anak.. ? tak payah cakap. bersepah. budak sekolah..:(

em btw follow terus sbb suka tulisan awak.

ayuna ayuni.. said...

betol jugak...kurang pantauan dr family.

tp, ada jugak yg jenis talam 10 muka...

Wanie Affandi said...

budak2 zmn skang bkn cam kita dulu..terlalu expose ngn dunia barat..=D

ayuna ayuni.. said...

ini cerita 4 thn lepas....
sekarang???

doa-doa la bende cam ni da xde lagi...:))

sukacuka said...

dorang cari kepuasan segera dan bukan kepuasan hakiki..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...