thank you followers

Friday, September 16, 2011

kawan makan kawan



“Cepat lah Wan. Nanti terlepas lah wei..adoi....”

“Eh Naz, kau boleh relaks tak? Kalau kau nak, kau kejar lah sendiri. Kalau kau nak tolong angkat aku ni tak pe lah jugak!”

“Slow betol kawan aku ni. Nak kata gemuk tak gemuk tapi jalan macam pompuan baru beranak!”

“Mulut jaga sikit eh. Pompuan punya hal, aku yang kau kutuk. Aku member sehidup kau tau. Ingat tu...!”

-Ahhhh! Siot...!! Malas aku nak tunggu si Wan. Kalau tunggu, sah-sah aku terlepas tengok si bidadari tu. Oh..bidadariku...kau lah yang satu. Ewahh... Macam cerita hindustan beb. Bukan nak melebih, tapi memang betol pon. Bidadariku... Kulit tak berapa putih, sawo matang la orang kata. First time aku tengok dua minggu yang lepas, gila cun..!! Body ala-ala sejuk mata memandang la, mantap segala. Mata bulat-bulat, besar..macam goldfish la aku tengok. Bibir merah menyala, macam cili yang tengah masak, cukup-cukup masa untuk dipetik. Tapi sayang, aku tak pernah pulak bercakap ngan dia. Nak jugak merasa, tapi tak berani pon ada. Yela, aku bukan hensem mana. Up sikit dari Aaron Aziz jek pon. HAHA.~



-Aku pengecut ke..?? TIDAK...!! Tapi, si Wan pernah kata macam gitu. Kalau lelaki tu pengecut, sampai tua pun tak kahwin. Aku bukan pengecut, tapi aku malulah. Tak apa, satu hari nanti aku pasti akan dapat si bidadari tu. Tengoklah! Time tu, si Wan mampu tengok aku, air liur meleleh tak berhenti punya la. 

*************************************************

“Kau punya pasal aku tak dapat tengok dia lama-lama!” aku merungut.

“Siapa suruh kau tunggu aku? Ah besok boleh tengok dia lagi lah. Naz, sampai bila kau nak main kejar-kejar macam gini. Get the ball rolling beb. Kau tunggu lama-lama nanti dia kena cekup dengan orang lain. Entah-entah aku yang sempat usha dulu. Gigit jari ah kau!” Wan cuba menasihati Nazrin yang sedang dilamun cinta itu.

“Aku bukan apa Wan. Aku segan la. Kau bukan tak tahu aku ni seram sejuk kalau ngan pompuan. Lagipun, dia cantik kot. Macam tak ngam je ngan aku. Eh! Apa kata kau tolong aku.”  

“Oh no way. Aku tak nak jadi orang tengah dalam kisah percintaan kau. Silap silap langkah aku terkenan mampus kau! Come on, be gentleman go for it mann! bulat-bulat idea rakannya ditolak.

“Kawan apa kau ni! Sudahlah, tak boleh harap!”

“Eh! Kau punya masalah marah aku pulak. Haram betol la mamat ni. Merajuk lah tu. Nama je jantan tapi pengecut!”

-Layan si Wan time kemuncak macam ni, memang menyirapkan lagi darah aku yang memang sedang hangat ni. Wan, walaupun kau kawan aku, kau tak paham apa aku rasa. Aku pon pelik, kenapa aku boleh terpikat kat bidadari si mata goldfish tu? Kat bus stop pulak tu. Haish!! Nazrin, apa yang dah jadi ngan kau hah? Pompuan cam tu bukan taste kau. Tapi, terpikat pasal apa..? Adoi. Aku rasa, aku dah tak boleh nak sabar, aku mesti luahkan rasa hati aku. 




**********************************************************

Pagi isnin, aku keluar dari rumah, awal dari biasa. Wan mungkin tak sedar aku keluar lebih awal. Haha. Setan kau Wan, kau cakap aku pengecut eh. Haa, meh tengok siapa pengecut, siapa jantan sejati. Memang habis melaram dah aku pagi tu, baju yang siap iron kemas-kemas. Rambut tersusun rapi, habuk pon tak kan berani singgah. Jam tangan berjenama. Macam aku CEO je lagaknya. Padahal kerani biasa-biasa je pon. Ah..! Persetan semua tu, yang penting penampilan aku hebat. Indah sungguh pagi tu, walaupun tak makan, aku rasa kupu-kupu sedang menari riang dalam perut aku.  

Sambil berjalan, sambil aku menghafal patah kata yang aku ingin ucapkan. Susah payah aku belajar ayat cintan ngan PAK GOOGLE semalam. Harap-harap usaha aku akan bagi hasil yang lumayan. Sekali sekala, aku tersepak batu, terus hilang segala ayat yang aku susun rapi. Ceit..!! Bedebah punya batu. Jeles lah tu...!!

.............tunggu punya tunggu punya tunggu.............

“Kenapa tak muncul-muncul lagi bidadari aku ni?” Aku berbisik dalam hati sambil menjenguk-jengukkan kepala ke kiri, ke kanan, ke hadapan dan ke belakang.

Tiba-tiba, mata aku terpandang ke arah sepasang merpati. Lenggang lengguk si pompuan tu, cukup aku kenal. Tepat sekali..!! Bidadari yang aku tunggu. Tapi, siapa di sebelahnya? Samar-samar hening pagi, wajah di sebelah bidadari masih tidak jelas kelihatan. Semakin hampir mereka, jiwa aku semakin menyala. Cemburu kah aku?? Wajah lelaki itu semakin jelas kelihatan. Oh...tak mungkin..!! Aku cuba besarkan mata aku. Ya, memang tak salah... Wan, kawan sehidup aku sedang berjalan seiringan dengan bidadari yang aku puja selama ini.




Sampai hati kau Wan...

peringatan: kawan sehidup, belum tentu semati dengan kita. kan? kalau korang, apa nak buat ngan mamat WAN ni?? hempok kepala ngan lesung batu boleh jadi....

-peace yawww-

2 comments:

Mizz Atie Zieya Shukri said...

perh...sakit kot

ayuna ayuni.. said...

urmph...!!!

sakit jiwa raga kalau kes cam nih..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...