thank you followers

Saturday, September 24, 2011

sempurna di penjara





menghadap dunia dan menjelajah kota. semua kisah aku, hitam belaka. celah mana datang kegelapan tu, aku sendiri tak pasti. yang aku tahu, hidup aku misteri. dendam yang tak tahu dimana puncanya, menyebabkan aku makin jauh ke dalam kegelapan. aku tahu, kesesatan aku kesesatan yang pasti. seribu kali aku ingin mengubah diri, seribu kali juga aku berada dalam mimpi. realiti tak pernah membawa aku ke dunia yang abadi. yang aku tahu, aku hanya sendiri.

nama aku siti zuberda bt abdullah. dikenali sebagai zuber. mulanya kisah hidup aku, di sebuah hospital di Malaysia. sejak mula lagi, hidup aku sudah ada titik hitam. aku bukan dilahirkan disitu. tetapi, aku telah ditemui disitu. di celah rumpunan sampah, bayi perempuan itu adalah aku. aku diambil dan dipelihara oleh ibu dan ayah. aku anak tunggal dalam keluarga tu, segala aku mahu tak perlu aku tunggu. cakap, mesti dapat. kasih sayang dan duit seiringan melimpah-limpah ke arah aku. apa lagi yang aku mahu. tak pernah aku teringin untuk melihat wajah ibu bapa sebenar aku. kalau jumpa, mahu aku bunuh sepertimana dorang buat aku masa dulu. tak mungkin aku akan terima orang yang buang aku.

ibu yang menjaga aku dari aku kecil, kasih sayang tu akan aku kenang sampai bila-bila. biarpun, bukan darah daging aku, biarpun bukan ibu kandung aku. ayah memang seorang yang tegas, dari kecil suka memukul aku dan ibu. kecil-kecil dulu, aku cuma mampu menangis melihat ibu dipukul, dihenyak, diterajang, diperlaku sesuka hati depan mata aku sendiri. aku bagaikan tunggul kayu, disepak dan diterajang adalah hadiah kepadaku disetiap hari. masa tu memang tak banyak yang aku minta, cuma ingin membesar secepatnya dan membalas setiap serangan yang menimpa.

lama-lama, aku makin membesar mengikut arus dunia. aku bersekolah, dari tadika ke sekolah rendah. dan kini, aku tingkatan 3. hidup dengan jiwa muda, ditambah pula perasaan dendam yang aku pupuk sejak dulu, memang parah sesiapa yang menjadi aku. walaupun aku perempuan, tapi jiwa aku lebih kental dari semua. hidup aku mengajar untuk tidak mengenali sesiapa. barang ibu, barang ayah, barang kawan-kawan mahupun sesiapa. aku tiada masa untuk semua hal-hal yang aku rasa sangat-sangat remeh. dari dulu, aku terkenal dengan sikap yang satu. aku sangat pendiam tetapi akan mengganas bila perlu. memang tidak ada sesiapa yang berani menyentuh pasal hidup aku. bukan aku tak mahu, tapi jiwa ini disekat sesuatu. 

di sekolah, aku lah muka yang selalu keluar masuk bilik disiplin. sampai satu ketika, kes-kes aku bersangkut dengan pihak polis. aku memang tak kisah. cikgu, pengetua, kawan-kawan, polis. asalnya aku marah semua aku akan rembat. makin lama, makin teruk perangai aku. makin lama, makin sesat aku dalam dunia aku sendiri. 


habis sekolah menengah, aku mula belajar di salah sebuah kolej tempatan di ibu kota. makin menjadi-jadi. liar aku lebih liar dari segala. bermula dengan kenakalan yang sedikit, aku mula mencuba sesuatu yang baru. kalau waktu aku sekolah, aku mencuba dadah segala. di kolej pula, aku mula hidup sebagai pusher. bukan sebarangan, bukan selalu jumpa pusher perempuan. mana yang leka, datang sembah kaki aku. aku hebat, hebat gila rasanya. aku menjadi pusher, bukan duit yang aku kejar. aku pun tak tahu kenapa, satu kepuasan yang aku dapat dari tu. sukar untuk aku terangkan.

titik hitam aku mula merebak luas, setelah aku bunuh dua manusia yang berperangai setan. ayah aku yang membesarkan aku dan seorang lagi wanita. tragedi hitam itu berlaku dalam rumah aku sendiri. memang aku berdendam dengan ayah tapi tak pernah aku terfikir untuk bertindak seperti ini. apa yang berlaku terlalu sukar untuk aku terima. di saat ibu sedang bertarung nyawa, ayah mula menunjukkan sikap sebenarnya, yang dah lama aku tahu. selama ni, aku diam tak mahu ibu terseksa. tapi, semakin aku biar semakin terok ayah buat ibu. 

satu hari, aku balik hujung minggu, aku terdengar suara jeritan. aku tahu, itu suara ibu lalu aku berlari pantas ke arah bilik utama. ayah sedang menarik rambut ibu yang tiada daya untuk buat apa-apa. di atas katil, ada seorang wanita yang tak senonoh langsung caranya. aku tahu apa yang ayah dah lakukan. memang dasar setan. tanpa aku berfikir apa, darah muda aku mula membara. api dendam yang selama ni menyala-nyala mula inginkan kepuasan. aku guna pisau yang sememangnya teman aku. pisau itulah yang menjadi saksi kejadian hari itu. ayah, wanita murah tu..aku bunuh tanpa ada belas kasihan. 


semua aku lakukan untuk kisah-kisah lama. segala kesakitan yang aku dan ibu rasa akhirnya terbalas. tengok tubuh ayah terkaku dengan darah yang keluar tak berhenti, aku ketawa. aku rasa puas, yang tak mampu aku terima dari sesiapa. tapi, kepuasan aku ternyata bukan kepuasan ibu. ibu juga mati bersama kerana terkejut dengan segala yang terjadi. aku, dengan baju yang berlumur darah segala. pisau yang tadi aku pegang kemas, aku lemparkan. aku berlari ke arah ibu, akhirnya air mata aku menitis buat sekian lamanya. 

akhirnya, aku sendiri yang menelefon polis, mungkin orang kata aku gila. tidak, aku tak gila. segala yang aku lakukan adalah di dalam kawalan aku sendiri. aku tahu setiap gerak badan aku. memang kehendak aku untuk melihat ayah dan wanita itu berakhir seperti itu. sedikit kesesalan pon tidak timbul di penjuru hati aku. tapi, aku rasa bersalah, bersalah terhadap ibu. ibu pergi tinggalkan aku, itu yang aku tak dapat terima. aku dah terlambat. ingin memohon kemaafan, ibu telah pon tiada. sungguh hina keadaan diri aku pada waktu itu.

sampai masa untuk aku sambung kehidupan di celah-celah besi, di sebalik tembok batu. di dalam sana, manusia ramai dikalangan aku. ada juga yang aku dah pernah jumpa sebelom ni. jadi, untuk aku hidup tidak sukar seperti yang lain. lima bulan aku hidup di dalam, aku dah jadi ketua otai. memang bukan aku untuk hidup sebagai balaci. aku suka kuasa yang tertinggi. aku mahu semua di bawah tapak kaki aku. aku tak suka mengikut arahan malah aku lebih suka memberi arahan. hidup di dalam sana bukan seperti tontonan ramai di tv, kehidupan di sana terlalu dasyat. siapa berani mati, akan hidup lama. 

untuk aku sesuaikan diri dengan kehidupan di dalam tak lah susah mana bagi aku. selama ni, walaupun aku hidup di luar, tiada bezanya keadaan dengan berada di dalam. serupa, sama gelap. mula-mula aku kat dalam, ada juga aku menunjuk protes sehari dua. habis semua orang dalam akan jadi barang hentakan aku. seperti biasa, aku ni pendiam dalam segala hal. dalam hati, ada juga kesal bila teringat ibu yang telah pergi. tak sempat aku berterima kasih. 

lama-lama aku hidup di dalam sana, aku mula jumpa dengan cahaya. macam tak percaya, tempat gelap ni yang beri aku kehidupan sempurna. walaupun makannya tak sesedap mana, tapi aku boleh makan dengan tenang. walaupun banyak kerja yang perlu dilakukan, aku masih sempat untuk menunaikan perkara wajib kita semua. semuanya aku jumpa di dalam sana.

hati aku jadi lembut untuk menerima realiti dunia. walaupun aku manusia tidak sempurna, aku masih lagi mampu berdiri mencari segala perkara untuk menjadi lebih sempurna dari biasa. aku tenang kini. aku tenang. 

kini, setelah 3 tahun aku di bebaskan, alhamdulillah..aku kian sempurna. aku rasa bangga kerana Allah masih sayangkan hambanya yang satu ini. dari kegelapan, aku meniti ke jalan kebahagiaan. semoga tiada sesiapa yang mengikut jejak langkah aku.



******************************************************************


peringatan: dendam kalau disimpan akan makan diri. jangan biar marah menguasai hati.


-peace yawww-

4 comments:

cacamarba said...

tp...kalo bls dendam skit2 je xpe la kn..hehe

Pendamba Mawar said...

wah..sangat menarik...
peringatan kita bersama..
realiti?

ayuna ayuni.. said...

caca:

hahahha.... i like...

ala, setakat kalo geram, kita letak air garam dlm mulut dia, ok lagi tu kot....

:( hehhehe

ayuna ayuni.. said...

pendamba:

macam realiti ke???

hikhik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...