thank you followers

Wednesday, November 9, 2011

mak perlu bijak

satu hari, kat bawah pokok mempelam belakang rumah ada sorang mak dengan anak dia. dorang melepak kat satu pondok. si anak tu baru darjah satu, sedang main-main ngan kerja sekolah. si mak pulak setia dok meneman anak dia belajar tu. tetiba..............

anak: ibu, kalau buku kan. kita panggil sebatang ke, sebiji ke, sebuku?
mak: errrr.......sebatang tu dah salah.
anak: jadi, sebiji ke sebuku ni?
mak: kan dah namanya pon buku. jawapan dia sebuku buku la.
anak: tapi. kalau tak silap adik, cikgu kata sebuku roti. 
mak: entahlah. ibu pon tak tahu. rasanya sebuku buku la.


************************************************************************
hari ni, dunia semakin maju. kalau korang bukak surat khabar, korang boleh tahu lah betapa maju dunia skang ni. berlambak-lambak kes-kes orang cerdik pandai. ada yang merogol, ada yang lari rumah, ada yang dibunuh. macam-macam ada lah. semua tu jadi, sebab cerdik sangat la. mana tak kan, orang bodoh tak tahu cam mana nak rogol orang, orang bodoh tak pandai nak menipu orang. ye tak?

ok, kat sini aku nak cakap pasal remaja skang. dak-dak skang bukan macam dak-dak dulu. skang umur baru 10 tahun dah pandai nak kangkang-kangkang bagai. apa yang aku tengok, dak skang memang maju dalam pelbagai hal la. jadi, peranan mak bapak ni penting la nak jaga anak-anak dorang. kalau bapak, dorang ni jarang sikit dok umah. cari duet nak bagi kite semua makan. kalau mana-mana mak yang tak kerja, mesti dok rumah je kan? tengok anak-anak, masak kat rumah segala kerja rumah la dia kena buat.




tapi, kita perlu ingat jugak. mak-mak yang dok kat rumah ni kena bijak. apa maksud bijak aku kat sini? mak-mak perlu ikot arus semasa. henset kena tahu guna, motor kena tahu bawak, kereta kena tahu pandu, facebook kena tahu online, laptop kena tahu pakai. sebab apa? ha..aku bagi situasi kat bawah ni.

1. anak dia pergi tusyen, bapak hantar dan terus gi kerja. kena anak yang kepala elok, bagus la masuk kelas segala. kena kepala anak yang tak elok, selangkah je kuar kereta terus tukar niat dalam hati. tu ha, pergi snooker, karoke, shopping, lepak bagai. kalau mak dia kat rumah pandai bawak kereta atau motor, sekali sekala boleh buat lawatan mengejot kat tempat tusyen tu. ye tak? 



2. anak dia hujung minggu selalu terperap dalam bilik, online je memanjang. ajak makan tak nak, ajak minum tak nak, ajak tengok tv pon tak nak. dah online lama-lama buat kejadah apa kan? kalau mak dia pandai pasal bab-bab komputer, nanti mak dia boleh cek apa yang anak dia dok tengok. kalau berita harian ke, metro ke, student portal ke, i bijak ke, ok lah kan. kalau bukak nya porn porn porn, tak ke celaru?



3. anak dia murung. selalu sangat moody. puas mak dia ni dok bertanya. kenapa? tak berjawap. tanya lagi. ada masalah ke? pon tak berjawab jugak. mak dia macam dah tak tahu apa yang patut buat nak bagi anak dia seperti sedia kala. masalah anak sendiri pon dia tak tahu. kalau mak dia pandai pasal bab-bab facebook, twitter, myspace, blog bagai kan senang. mak dia boleh bukak fb anak dia, stalk anak dia. baru lah dapat tahu, anak dia ni in relationship ngan sapa, kuar gi mana, tengah buat apa. kan? pastu mak dia pon boleh bukak blog anak dia, tahu apa yang terpendam dalam hati si anak. kan?



*************************************************************************
jadi, aku menyeru supaya kita semua ajar la mak kita yang tak berapa nak tahu pasal dunia sekarang ni. bagi tahu sikit-sikit, benda yang wujud skang ni bukan semua tak berguna. semua yang ada, ada kepentingannya sendiri. nanti, kalau mak kita dah tahu sikit-sikit, dorang sedar kepentingan semua ni kan. kalau korang tak de kat rumah, mak korang boleh awasi adik-adik korang dengan bantuan ni semua.

maklumlah, budak-budak sekarang terlalu berteknologi. jadi, mak bapak pon perlu ikot berteknologi sama, supaya tak de yang ketinggalan. kita pulak, sebagai anak, perlu mencari segala jalan untuk kebaikan dan keamanan keluarga kita tau. kita tak punya sesiapa selain ALLAH dan KELUARGA kita. yang tu patut kita utamakan.



peringatan: teknologi sekarang mampu menjadi alat bantuan kepada manusia jika digunakan sebaiknya dan mampu juga menjadi pemusnah kepada kita kalau silap caranya.

-peace yawww-


16 comments:

Puan tia said...

good info :)

mikeyvio said...

hahha...sya stalk adik2 sya. at the end, kna block dgn adik ndri. 2 apa cer?? huhuhu

cacamarba said...

salu teknologi byk merosakkn la dr membantu..

ayuna ayuni.. said...

puan tia:

thanks...:)

ayuna ayuni.. said...

mikey:

so, you boleh tahu kat situ dah ada something yang tak kena kan?

so, boleh cuba korek-korek kenapa adik you mcm tu.

kita akan usaha sebanyak yang mungkin untuk keluarga kita.

takkan ada manusia suka tgk kemusnahan family sendiri kan?

hehe

ayuna ayuni.. said...

cacamarba:

tgk bahagian peringatan tu ye. baca peringatan tu. perenggan last

ada dah mention sikit kat situ.

:)

fienazzuki said...

gud info!!!

done follow your blog...do follow me back...

Razil Tahir said...

btol tue! XD
stuju sangat! XD

arnissa said...

a'aaahh.. betol tuh. skrg niew kebanyakan budak2 terlebih maju. xsalah lau terlebih maju asalkan gunakan kemajuan tuh kearah kebaikan.

ibu bapa peranan yang penting lam didik anak2 kat umah. :)

Nyamuk Terbang said...

respect la dgn entry nie

A retarded kitty said...

betul-betul.

sebab tu aku hide status and wall aku from my parents and teachers

*bijak tak aku berkat minum susu DHA

ayuna ayuni.. said...

fiena:

thanks. ok. thanks dear

ayuna ayuni.. said...

razil:

thanks sbb setuju. wahahah

ayuna ayuni.. said...

nyamuk terbang:

hehheheh...thanks ye. huhuhu

ayuna ayuni.. said...

arnissa:

yup...ibu bapa dan juga diri kita sendiri.

yang tu yang utama.

ayuna ayuni.. said...

kitty:

haha. kalau hide lagi la nampak ketara ada sesuatu yang tak mahu ditunjuk. ek??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...