thank you followers

Friday, December 2, 2011

manusia vs monyet

hari ni, aku dapat tengok macam-macam kerenah manusia. pergi mana-mana, melimpah ruah manusia. macam-macam ragam aku tengok. yang aku nak buat cerita hari ni, pasal manusia dan monyet. bila aku pk-pk balik. banyak benda yang dibuat manusia, monyet pon boleh buat sama. banyak benda jugak yang dibuat monyet, manusia boleh buat sama.

aku bukan nak merendahkan manusia, aku sendiri pon manusia. tapi, bila aku terpk macam gini aku rasa kecewa la. kenapa manusia hari ni, makin tak menjadi manusia. 

aku ada la letak beberapa gambar, aku tak nak hurai panjang-panjang sangat. pandai-pandai lah korang compare. kita manusia dan dia monyet. tapi, banyak persamaan tau. jom belek gambar.....

************************************************************************


kecik-kecik dah pandai belajar hisap rokok. berlonggok budak-budak sekolah yang berperangai macam gini. kalau kecik-kecik dah berani merokok, besar sikit lagi buat apa pulak kan.


yang ni tak lah bersepah sangat tapi ada segelintir yang macam gini. semua tempat nak bertindik. hebat sangat kalau tindik banyak-banyak ni. 



yang ni pulak, tak payah nak cerita la. mahu sama mahu ni. sorang memberi dan sorang menerima. kalau jejalan, orang muda remaja yang ramai menyumbangkan aksi macam gini.



ni hal fashion pulak. tak salah kalau pakai macam gini, tapi salah bila ramai lelaki yang sekarang dah mula naik bulu. pompuan pakai emas, dia pon nak emas jugak. lelaki mana boleh  maen gantung-gantung emas.



bukan setakat berok je, manusia pon ada jugak macam ni. cakap orang tak mahu dengar. cakap dia, semua betol. memang aku tak boleh dengan orang macam gini. bengkak je hati.



ni fashion jugak. bukan tang warna topi yang aku nak kata. tapi, tang rambut tu ha. berwarna bagai. aku tak rasa kalau korang cat rambut, korang nampak makin lawa. hitam tetap paling sesuai dengan kita.



retis sekarang. nak pergi holiday, lantak kau lah dah duit kau. tapi, pakaian dan tingkah laku biar elok sikit. tak bermakna kau retis kau boleh buat sesuka kaki kau je kan.



berok dah maju, ada yang jadi officer dah ha. manusia pon berlambak macam gini. kerja tak cukup masa, selagi boleh kerja nak kerja. tapi, berapa orang kerja dengan hati rela. makan rasuah pon ada.



dunia sekarang terlalu banyak hiburan. yang kadang-kadang, aku sendiri pon dah tak tahu nak pilih mana satu mahu tengok. yang ramai masuk rancangan hiburan ni, majoriti pompuan.



tiap hari ada kes ni. rogol. ada yang rompak, rogol dan bunuh. ada yang bunuh dan rogol. ada yang rogol dan tinggal. macam-macam ada.

******************************************************

makin hari, dunia ni makin sesak dengan perangai manusia sendiri. makin hari, makin risau aku nak berpijak dalam dunia ni. bukan aku kata, aku sorang je yang baik. aku pon ada kekurangan. setiap orang ada kurang dan lebih. tapi, bila hal macam gini timbul dan terus timbul, itu bukan satu kelemahan kita yang kita cuba perbaiki, tapi itu adalah kelemahan dan kekurangan kita yang kita cuba menguasai.

Allah Taala telah menjadikan manusia sebaik-baik kejadian yang memiliki keistimewaan tertentu jika dibandingkan dengan makhluk ciptaan-Nya yang lain. Keistimewaan pertama ialah Allah menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Tugas kita sebagai khalifah adalah memelihara kesejahteraan dan kemakmuran bumi antara alam dengan penghuninya, antara makhluk dengan makhluk, dan manusia dengan pencipta-Nya.

peringatan: kita hidup disini hanya sementara, kenapa perlu ada semua ni sedangkan kita boleh mencapai bahagia di sana. jangan mudah terpedaya, kerana setan memang ada dimana-mana.

-peace yawww-


12 comments:

Azzah said...

yg last sekali tu,segan nak tengok..

fiza said...

emm. btol la kn..
smoga tak trgolong dlm klngn org cmtu..aminnn

Susan Lolo Bua said...

betul tu.. malu nak tgok :)

Aesya Zealous said...

kene sentiasa beringat..byk dugaan hidup ni..huhu

smilenajah93 said...

mmg dh x kenal manusia dn monyet macam tu ~~~

LynnDamya said...

wah style betol, mane dpt collection pic2 ni? btw mmg ramai dh yg memberok skang ni..ish3..

DeritaMerindu_se said...

tutp mata heeee :P

Sinichi Edogawa said...

LUPE SESUATU NI.... kalau yang buat pipi kembung tu..???

waktu nak amik gambar tu... hahhaa

ibnuismaini said...

Apabila sifat kemanusiaan semakin terhakis, sifat kebinatangan yg akan mengambil tempat.

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

COMEL LAK BEROK2 KAT ATAS NU HAHA...KALAO MANUSIE BUAT XCOMEY DOH WASE//BSE LAH TU DUNIA

ahowk orang islam said...

bukan ke asal monyet ni dari satu kaum yang langar perintah Allah S.W.T.. melarang kaum tu untuk turun kelaut pada hari.. saya lupa. yang pasti kaum tu ingkar dan mereka dilaknat.. kalau salah tolong betulkan ye.. :) manusia dngan binatang bezanya akal.. gunakan sebaik mungkin.. btw. sy like post ni..
;)

CAYANG ALIN said...

Manusia dengan binatang bezanya manusia ada akal fikiran..boleh berfikir..masalahnya manusia tak guna akal fikiran dengan cara yang betul..dorang fikir pakai nafsu..tak fikir pakai akal lagi dah..kan elok bagi jer akal tu kat binatang..kot2 bleh jadi lebih baik dari manusia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...