thank you followers

Thursday, January 19, 2012

muak dengan MASALAH HIDUP

Ada waktu, kita akan rasa bahawa diri kita sangat tersepit. Susah teramat sangat. Seakan hilang segala harapan. Seakan lenyap segala ruang penyelesaian. Jauh di dalam lubuk hati kita, kita akan rasa kecewa teramat sangat. Rasa ditinggalkan. Rasa diasingkan. Keseorangan dalam masalah yang menimpa tanpa ada sesiapa yang mampu menghulurkan bantuan. Kadangkala, ia adalah masalah peribadi yang kita malu untuk kongsikan.




Akhirnya mula timbul dalam jiwa kita satu perkataan: PUTUS ASA. Kita rasa segalanya sudah tidak berguna. Segala usaha sudah tidak bermakna. Maka kita pun bergerak mengikut arus emosi yang ternyata tidak stabil. Jadilah apa yang hendak jadi. Kita sudah tidak peduli. Kita salahkan takdir, kita salahkan orang di sekeliling. Tanpa melihat siapa diri kita yang sebenarnya. Kita penat dengan setiap ujian yang datang. Kita berharap tiada ujian lagi untuk diri kita. Supaya kita boleh bergerak bebas. Tetapi kita silap. Ujian itu sangat bermakna sebenarnya. Ujian yang diberikan, secukupnya dengan apa yang kita ada untuk menyelesaikan. Allah SWT itu tidak kejam, malah sangat pemurah. Allah SWT itu tidak pernah meninggalkan hamba-hamba-Nya. 




KITA BERTANYA, mengapa kita perlu diuji?
Tujuan ujian adalah untuk menguji. Sebab itu namanya adalah ujian. Jika ujian itu datang dalam keadaan mudah diselesaikan, ia tidak dinamakan sebagai ujian. Ujian semestinya menggegarkan, menggoyahkan, meragut ketenteraman dan menghilangkan kesenangan. Dalam keadaan ini Allah SWT ingin melihat sejauh manakah keyakinan kita kepada-Nya. Yang Allah mahu daripada ujian adalah keimanan kita.


KITA BERTANYA, kenapa kita diuji sedemikian rupa?
Setiap dari kita, mesti berkeinginan masuk syurga Allah SWT. Cuba kita fikirkan, adakah kita boleh ke syurga dengan keadaan yang senang lenang tanpa diuji dengan ujian yang hebat? Sedarlah, ujian yang datang itu boleh mendekatkan lagi diri kita dengan Allah. Ketahuilah, itu hakikatnya, ujian adalah tapisan kita ke syurga Allah SWT. Bukan senang-senang untuk senang, dan bukan senang-senang untuk ke syurga. 


Apa perlu buat kalau diri sedang diuji?
Ujian adalah lumrah. Baik diuji dengan bencana, atau diuji dengan dosa yang tidak mampu ditinggalkan. Tetapi jangan berputus asa. Usaha dan usaha lagi. Yakin kepada Allah SWT. Berputus asa samalah dengan kita tidak lagi meyakini-Nya. Sebab itu, Allah amat membenci mereka yang berputus asa. Rahmat Allah sudah sangat luas. Jadi, di manakah ruang kita hendak berputus asa kepada-Nya? Kita langsung tiada alasan untuk berputus asa sebenarnya. Apa yang perlu, teruskan usaha dan minta doa kepada-Nya juga.





peringatan: percayalah, ujian itu membuatkan kita tabah dan mampu memantapkan iman kita. Oleh itu, cuba berusaha dan elakkan kata-kata putus asa. 


-peace yawww-



14 comments:

UniMeOw said...

:)

ujian itu mematangkan kita..

.........cP~ said...

Saya memang sedang diuji. Tipu kalau saya kata tak ada sikit pun rasa putus asa. Tapi, saya harap semua ni akan bawak saya ke tingkat yang lebih tinggi.

M@W@R Q@SeH said...

Kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah x akan menguji hambaNya jika x mampu hambaNya hadapi...yakini semua yang terjadi...pasti punya hikmah yang tersendiri..

daty said...

stiap ujian ada tujuan dan hikmhnya :)

Fiey said...

post yg bagus :)

done follow, jom hit back
infieyonashoe.blogspot.com

Akak Kembang said...

setiap ujian pasti ada hikmahnya.

cik memey said...

setiap kepahitan itu pasti ada kemanisan dihujungnya ;)
www.secretlifeofCM.blogspot.com

NOVA said...

duagaan dari allah membuat kita bellajar dari kesilapan.. ^_^ n dari kesalahan yg lepas...

Hafiz Saadon said...

really great post!!

sesungguhnya setiap ujian yang Allah dtgkan dekat kita tu will make us a much better person! Supaya kita sentiasa ingat dekat Allah...

Pendamba Mawar said...

siapa kita untuk menidakkan ujian dari pencipta kita?:)

Razil Tahir said...

saya pun sedang diuji...
kne kuat n redha n sabar atas ujianNya...
n kne maintain awesome gak bila diuji... hm...

Azzah said...

ujian mematangkan kita..

Anonymous said...

Ujian itu akan datang setimpal dengan diri kita,jadi kita tak boleh putus asa :)
setiap masalah pasti ada penyelesaiannya kan?
done follow u ^__^

Apih El Nino said...

Tuhan uji sebab Dia tahu kita mampu. Sabarlah ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...