thank you followers

Friday, February 10, 2012

RESEPI : KEK BATIK

sebelom ni, aku dah bagi resipi dua jenis kek. semua yang mudah-mudah aje. ni lagi satu jenis kek paling mudah. budak-budak kecik kebanyakan memang suka kek ni, sebab rasa milo. orang tua macam aku ni pon, suka jugak  pon. ni kali ketiga aku ajak korang semua bergodek. hari ni, jom kita buat kek batik. 



************************************************************************

bahan-bahan yang perlu


1 paket milo kecik
1 tin susu cair 
1 buku buttercup
1 cawan gula halus
1 biji telur ayam
2 sudu besar serbuk koko 
1 1/2 packet biskut marie 


cara-cara nak buat


mula-mula, korang masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk, kecuali biskut marie. bukak api kecik je, korang godek jangan berhenti. godek perlahan-lahan. tunggu lah sampai pekat. 

bila dah pekat, tutup api. campakkan semua biskut marie tu. godek sampai sebati. 

dah rasa sebati elok, boleh lah tuang ke dalam loyang. akhir sekali mampatkan, ikot korang lah nak menekan cara macam mana pon, asalkan mampat. masukkan dalam peti ais.


"KEK BATIK SIAP"
***********************************************************************

biasanya, kalau aku buat kat rumah, kejap je dah habis. adik-adik aku suka lah kek macam gini. mak bapak aku kurang minat kalau manis-manis ni. kalau korang kurang suka manis, kurangkan apa yang patut ye. kalau macam tak nak bagi rasa milo sangat, kurangkan sikit milo tu. tak jadik masalah punya. selamat mencuba.





-peace yawww-


11 comments:

Unknown said...

Perfect kje ayuni ni...!!

Jenput dtg blog sy :)

cik dila.. said...

da lama xbuat kek nih..sekali buat , mang laku abis.. :P

Fathiah Hamim said...

hehe fa kurang minat kek batik.
manis sangat.

NuR fAiZaH said...

wahhhh!semalam baru cakap nak buat kek batik!huhuhu..ttapi tak retii..heeee..tengs ayuni...

Pendamba Mawar said...

lama tak makan ni

Sis Lurve said...

nampak macam sedapp jekk,, nak try jugakk lahh,,,, mintak cilokk resepi ye, =D

Plug Mapuh said...

sedp x??hehe
leh doh bkak kdai nh..huhu

B33HA B3n said...

Beeha buat kek batik xpenah jadi cantik mcm kamu buat..biasanya x tersusun..haha..

Iman said...

suke la makan kek ni... dulu penah buat sendiri... mintak resepi ngan mak member... at 1st malu nak mintak tp last2 dapat jugak sbb nak makan byk2... hahaha... xpecaye lak leh jadi & cepat je abes sbb adik2 lagi laju hentam kek batik tu :P

Unknown said...

sng je rpnya...nk try haha singgah ^^

Cik Dessert said...

wah.. sume mcm sedap2.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...